CenT-TI English

Kursus Keusahawanan Menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Tempoh : 2 hari
Cara Persembahan : E-Learning, Webinar and Seminar
Bahasa : Melayu & English
Negara : Antarabangsa
Peserta : Usahawan dan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan
Harga : RM100 hingga RM300


Usahawan Melayu pada hari ini dikatakan kurang berjaya jika dibandingkan dengan usahawan bukan Melayu. Kursus 2 hari ini akan memberi penekanan kepada bagaimana KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) seperti pemikiran kritis dan kreatif dapat membantu usahawan mengaplikasikan pemikiran KBAT supaya:


  1. Mereka dapat menjanakan idea-idea baru dalam proses menghasilkan produk-produk  yang menjanakan pendapatan tinggi dan berterusan. Selain dari itu peserta akan didedahkan kepada aplikasi pemikiran kritis dan kreatif untuk memasarkan produknya. Walaupun terdapat usahawan-usahawan yang telah mengikuti kursus ‘business studies’ secara formal atau tidak formal, pendedahan mereka ini akan meningkatkan perspektif mereka tentang ilmu dan pengalaman yang sedia ada.


  2. Meluaskan perspektif yang luas apa yang dimaksudkan perniagaan berasaskan pemikiran kritis dan dari perspektif pendidikan.


  3. Mendedahkan peserta kepada proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berkait dengan peniagaan dan kehidupan mereka.


  4. Mendedahkan kepada peserta aplikasi pemikiran kritis dalam membuat refleksi dan penilaian  tentang pemikiran mereka sendiri dan strategi yang pernah mereka gunakan dalam perniagaan dan menggunakan pemikiran yang pernah digunakan untuk penambahbaikkan.

Kembali kepada senarai program kami.